ISTANBUL, 14 OKT: Rakyat Palestin mengalami "satu lagi malam ngeri" di Semenanjung Gaza berikutan dua serangan maut Israel di kawasan itu, lapor Agensi Anadolu, memetik Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Isnin.
NEW YORK, 14 OKT: Francesca Albanese, Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai situasi hak asasi manusia di wilayah Palestin yang diduduki sejak 1967, berkata bahawa tentera Israel kini melakukan siri pembunuhan beramai-ramai di Jabaliya, kawasan utara Semenanjung Gaza.
MOSCOW, 13 OKT: Tentera Israel menyerang sebuah penempatan bangunan di selatan Lubnan ketika kru ambulans sedang menjalankan tugas di lokasi itu, menurut Palang Merah Lubnan pada Ahad, sambil menambah bahawa empat pekerja perubatan cedera, lapor Sputnik.
GAZA, 9 OKT: Pasukan pendudukan Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 45 rakyat Palestin terkorban manakala 130 yang lain cedera, menurut laporan perubatan.
Malaysia meneruskan sikap lantangnya di pentas global demi memperjuangkan hak Palestin dan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman Israel di Tebing Barat dan Gaza.
BEIRUT, 7 OKT: Kumpulan Hizbullah dari Lubnan pada Isnin menyerang bandar Haifa di utara Israel dengan serangan roket besar-besaran, menurut kumpulan itu dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.
NEW YORK, 7 OKT: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres berkata bahawa perang Israel ke atas Gaza sejak setahun lalu, terus memusnahkan kehidupan rakyat Palestin dan menyebabkan penderitaan kemanusiaan yang dahsyat, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
DAMSYIK, 6 OKT :Tiga peluru berpandu Israel mengenai sebuah kilang kereta Iran di wilayah tengah Homs, Syria pada Ahad, lapor Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, menurut Xinhua.
ISTANBUL, 6 OKT: Palestin pada Ahad menyambut baik seruan Presiden Perancis Emmanuel Macron untuk menghentikan eksport senjata ke Israel di tengah-tengah serangan rejim itu ke atas Semenanjung Gaza.
BEIRUT, 5 OKT: Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas pada Sabtu mengesahkan kematian seorang lagi komander mereka di Lubnan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Oleh NOOR AZAM SHAIRI Pada setiap kelok waktu yang bergulir, selalu ada sekurang-kurangnya sekeping gambar yang mewakili setiap peristiwa yang terungkap pada setiap tahun dan dekad. Sejarah panjang Palestin yang diduduki oleh rejim Israel sejak 1948 sampai sekarang juga diingati dari dekad ke...
DAMSYIK, 3 OKT: Hassan Jafar Qasir, menantu kepada pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah disahkan terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas sebuah kediaman di kawasan Mazzeh Western Villas, Damsyik pada Rabu, lapor Xinhua.
BEIRUT, 2 OKT: Lima puluh lima orang terbunuh dan 156 lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas Lubnan dalam tempoh 24 jam lepas, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan.
NEW YORK, 2 OKT: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Selasa mengecam perluasan konflik di Timur Tengah, lapor Xinhua.
NEW YORK, 28 SEPT: Malaysia menyatakan kekesalan yang mendalam terhadap tindakan biadab Israel susulan pembunuhan pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah, dengan menyifatkan negara Yahudi itu sebagai angkuh dan tidak menghormati keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
BEIRUT, 29 SEPT: Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh dan 65 lagi cedera pada Sabtu dalam serangan udara Israel di beberapa kawasan di selatan Lubnan, lapor Xinhua, memetik sumber tentera Lubnan.
ANKARA, 28 SEPT: Lima puluh dua lagi rakyat Palestin maut dalam serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban mencecah 41,586 orang sejak 7 Okt lepas, menurut Kementerian Kesihatan di wilayah itu pada Sabtu.
LONDON, 28 SEPT: Ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU) Josep Borrell pada Jumaat memberi amaran serius mengenai nasib selatan Lubnan yang mungkin menjadi satu lagi Gaza akibat konfrontasi antara Israel dan Hizbullah yang disokong Iran, lapor Agensi Anadolu.
ANKARA, 26 SEPT: Sekurang-kurangnya 39 lagi warga Palestin terbunuh dalam serangan tanpa henti oleh Israel di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sejak 7 Oktober 2023 mencecah 41,534 orang, lapor Agensi Anadolu yang memetik kenyataan Kementerian Kesihatan di wilayah bergolak itu pada Khamis.
BEIRUT, 27 SEPT: Lubnan pada Khamis melaporkan bahawa jumlah kematian akibat serangan Israel di seluruh negara meningkat kepada 1,540 sejak Oktober lalu, lapor Agensi Anadolu Unit Pengurusan Risiko Bencana dalam satu laporan menyatakan jumlah yang cedera kini mencecah 5,410 dan jumlah individu...
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.